DRAF PERLEMBAGAAN

Syarat-syarat Menjadi Ahli

  1. Beragama Islam
  2. Sihat Tubuh Badan
  3. Waras
  4. Mendapat keizinan penjaga
  5. Menjelaskan yuran-yuran berikut :


  1. YURAN TAHUNAN         : RM 30.00/Setahun
  2. YURAN BULANAN : RM 25.00/Sebulan 

TOTAL           :   RM 55.00                                

Peraturan Sebagai Ahli:

1.    Hadir dalam setiap latihan. Sekiranya pesilat tidak dapat hadir, pesilat perlu memberi surat tunjuk sebab.
2.      Pesilat perlu hadir 80% dari keseluruhan latihan sebelum apa-apa program yang di jalankan oleh pihak pertubuhan, bagi membolehkan mereka menyertai apa-apa program yang di jalankan serta menduduki ujian.
3.      Yuran bulanan perlu dijelaskan pada minggu pertama dan selewat lewatnya minggu kedua setiap bulan
4.     Pesilat perlu hadir seawal 10 minit sebelum latihan bagi menunjukkan kad kehadiran untuk ditandatangani oleh tenaga pengajar.
5.   Pesilat perlu berpakaian silat atau sekurang kurangnya memakai pakaian sukan bewarna hitam WAJIB menutup aurat.
6.    Persilat perlu menyediakan 2 buah buku (buku log tebal) bagi tujuan pelajaran dan buku ini akan di semak dari masa ke masa.

1. Buku Pengenalan, Sejarah dan Ilmu Gayong (buku PSI)
2. Buku silibus Gayong

7.   Pesilat perlu menamatkan sekurang-kurangnya satu tahap kenaikan bengkung untuk layak menerima sijil keahlian.
8.     Pesilat perlu mengikuti proses penerimaan ahli baru yang akan dijalankan oleh Guru Utama dari gelanggang pusat.
9.   Pesilat boleh dipilih untuk mewakili sekolah, daerah atau negeri dalam pertandingan silat dengan izin pihak sekolah dan ibu bapa.
10. Sekiranya pesilat melanggar mana-mana satu dari peraturan pertubuhan, pesilat boleh digantung keahlianya.
11.  Pesilat perlu memiliki nilai murni yang tinggi serta taat kepada agama, bangsa, negara, ibu bapa, guru-guru, perlembagaan, pertubuhan, dan rakan rakan.

Keselamatan
  1. Sebagai langkah keselamatan, pesilat digalakkan mempunyai insuran perlindungan daripada kecederaan.
  2. Jika tiada, pihak pertubuhan boleh diwakilkan untuk mendapatkan perlindungan insurans secara kelompok daripada syarikat insuran yang dipilih.
  3. Pihak pertubuhan tidak boleh di persalahkan atas sebarang kecederaan dan tidak boleh menjadi tempat menuntut ganti rugi sekiranya berlaku kecuaian. Ini kerana pihak jurulatih akan sentiasa memastikan keselamatan pesilat sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat.


Latihan
Latihan yang lebih kerap akan di jalankan sekiranya pesilat terlibat dalam pertandingan atau persembahan.


Kutipan Yuran
  1. Kutipan yuran boleh dibuat oleh jurulatih yang telah dilantik oleh PSSPGM Daerah
  2. Surat atau notis kelewatan yuran oleh pesilat boleh dikeluarkan oleh pihak pertubuhan kepada ibu/bapa/penjaga pesilat itu sendiri.
  3. Resit kutipan yuran akan dikeluarkan oleh pihak pertubuhan melalui jurulatih.
  4. Kutipan yuran boleh dibuat setiap kali sesi latihan samada sebelum latihan bermula atau selepas latihan tamat.
  5.  Kutipan yuran untuk ujian kenaikan bengkung akan dijalankan sendiri oleh pihak jurulatih.


Ujian Kenaikan Bengkung

  1. Ujian ini akan dijalankan apabila pesilat telah menamatkan fasa latihannya dengan lengkap dan telah bersedia untuk kenaikan bengkung.
  2. Kenaikan bengkung amat perlu bagi membolehkan pesilat layak meneruskan latihan ke fasa seterusnya.
  3. Ujian ini meliputi kenaikan beberapa tahap iaitu putih, awan putih, hijau, pelangi hijau, dan pra merah.Peringkat atau fasa seterusnya tidak akan diikuti oleh pesilat di sekolah kerana melibatkan permainan senjata.
  4. Pesilat perlu menyelesaikan segala baki yuran bulanan dan yuran lain yang tertunggak serta yuran kenaikan bengkung sebelum layak menduduki ujian kenaikan bengkung tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAJLIS PERLIMAU TAPAK ANAK GAYONG TANZIM PUSAKA

PEMBUKAAN GELANGGANG BARU