MAKSUD DISEBALIK PERKATAAN GAYONG



Ga - GenggamBerpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.
Alif - AngkatMeletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
Ya - YakinYakin kepada kebolehan diri sendiri
Wau - WarasMembuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.
Nga - NgeriBersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya. 

Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.

Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAJLIS PERLIMAU TAPAK ANAK GAYONG TANZIM PUSAKA

PEMBUKAAN GELANGGANG BARU