OBJEKTIF DAN RASIONAL PENUBUHAN
OBJEKTIF
PENUBUHAN
- Antara jalan dakwah untuk membentuk keperibadian muslim yang soleh serta solehah dalam kehidupan, dan sebagai komuniti yang mengamalkan kebudayaan islam serta melayu
- Memartabatkan seni warisan rumpun melayu agar kebudayaan melayu dan seni warisan sentiasa berkekalan dengan cara membudayakan warisan dan seterusnya terus berkembang.
- Menggalakkan minat para pelajar dan remaja agar mencintai seni budaya bangsa yang berasal dari rumpun tanah melayu serta menghayati elemen yang diperjuangkan oleh pencinta budaya secara keseluruhannya.
- Menghakis budaya lepak budaya barat yang semakin merantai generasi bangsa kini akibat tiada kefahaman serta kecintaan yang jitu terhadap nilai ketimuran.
- Membentuk jati diri pelajar dan remaja agar kuat menempuh segala halangan dan cabaran dalam mangharungi perkembangan dunia globalisasi yang sentiasa menuntut daya tahan yang kuat samada dari segi mental dan fizikal.
- Membina disiplin pelajar dan remaja agar sentiasa terkawal sahsiah dan akhlaknya serta seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
RASIONAL
PENUBUHAN
- Rata-rata pelajar dan remaja sekarang telah semakin melupakan nilai budaya yang sedia ada di bumi yang tercinta ini. Sehubungan itu, penubuhan ini dilihat sebagai jalan terbaik bagi mengembalikan minat mereka terhadap budaya tinggalan nenek moyang mereka sendiri.
- Dewasa ini, budaya dari barat seperti skin head, punk, hip hop, dan sebagainya semakin menular di kalangan para pelajar. Ini membuatkan mereka lupa pada nilai patriotik yang sepatutnya ada pada jiwa mereka. Melalui silat, mereka akan kembali menyorot usaha dan semangat yang ada dalam perjuangan menuntut kemerdekaan agar mereka berjaya kembali menanam semangat cintakan negara tercinta.
- Kemodenan dunia menjanjikan pelbagai situasi samada segi positif mahupun negatif. Dari pandangan negatif, masyarakat kini semakin ketandusan nilai kasih sayangnya. Jenayah menjadi-jadi dan seakan menjadi trend kehidupan masyarakat moden. Dengan adanya pengetahuan ilmu persilatan, pelajar dan remaja akan mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapi semua situasi begini.
- Kerap kali masalah disiplin pelajar menjadi agenda utama perbualan di mana-mana. Melalui silat pembentukan jati diri mereka menjadi lebih kuat dan seimbang serta menggalakkan mereka berfikir sebelum bertindak seterusnya mematangkan diri.
Ulasan
Catat Ulasan