SEJARAH PSSPGM DI HULU SELANGOR

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia telah didaftarkan dengan pendaftaran pertubuhan menggunakan nombor pendaftaran 1756. Pertubuhan ini dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato Raja Abdul Majid bin Md Isa dan berpusat di Kampung Guar Nenas, Gurun, Kedah Darul Aman. Cikgu Abdul Majid merupakan pemegang amanah mutlak silat seni gayung yang telah ditubuhkan sejak tahun 1956 oleh Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.

            Silat Gayung telah bertapak di Malaysia sejak awal tahun 1860 melalui penghijrahan 7 saudara daeng yang berasal dari Bugis. Percambahan silat ini telah dimulakan oleh Daeng Kuning (Panglima Hitam) yang telah menyebarkan silat ini pada permulaannya di Kuala Kangsar, Perak. Melalui beliau silat ini telah berkembang secara pesat dan telah berjaya manjadi antara sebuah pertubuhan yang teguh serta memiliki pengamal persilatan di serata dunia terutamanya di Malaysia. Melalui Dato Meor, Cikgu Majid telah mempelajari ilmu persilatan ini seterusnya menubuhkan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia atas dorongan dan bimbingan abang Dato Meor Rahman iaitu Meor Aziz. Pendaftaran PSSPGM telah dibuat pada tahun 1982 setelah penubuhan yang dibuat pada tahun 1978. Bermula dari detik itu, pertubuhan ini telah berkembang pesat dan mempunyai gelanggang serta cawangan di hampir setiap pelosok tanah air.

            Di negeri Selangor khasnya, pertubuhan ini bukanlah sebuah pertubuhan baru. Atas kepimpinan Cikgu Abdul Rasip Abdullah sebagai Ketua Waris Beradat Negeri Selangor, pertubuhan ini mula dikenali di Selangor sejak tahun 1985. begitu banyak gelanggang telah di buka di seluruh negeri Selangor dengan keterlibatan lebih 100 orang tenaga gurulatih dan jurulatih yang bertauliah. Pertubuhan ini juga telah mencipta banyak kejayaan di peringkat sekolah sekolah. Antaranya, pertubuhan ini melalui bimbingan cikgu Mazri Mamat telah banyak membawa pesilat SK Sg Kertas menjadi juara dalam kejohanan Silat sekolah-sekolah peringkat kebangsaan selama 3 tahun berturut-turut. Nama pertubuhan ini juga begitu gah dengan penampilan begitu ramai juara dunia yang lahir dari bimbingan juralatih pertubuhan ini.

            Silat ini mula bertapak di Batang Kali adalah pada tahun 2003, di bawah jagaan Cikgu Azrul Affandi Bin Sobri. Kini pentadbiran dan perjalanan pertubuhan silat ini akan di kemaskinikan serta dimantapkan lagi berikutan matlamat pertubuhan silat ini adalah untuk melahirkan generasi yang mempunyai keimanan yang tinggi, serta menghargai warisan seterusnya membudayakan warisan bangsa melayu.

            Semua pihak tidak ragu ragu menerima pertubuhan ini kerana ia merupakan sebuah pertubuhan berdaftar yang mempunyai pendaftaran dengan pendaftar pertubuhan dan Pertubuhan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Sehubungan dengan itu, tiada kemusykilan untuk menerima pertubuhan ini kerana telah diperakui bersih dari sebarang elemen atau unsur yang selama ini menyekat penubuhan silat di mana mana institusi pendidikan samada rendah mahupun tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAJLIS PERLIMAU TAPAK ANAK GAYONG TANZIM PUSAKA

PEMBUKAAN GELANGGANG BARU